Saturday, March 30, 2013

Menari ( Video One Shot) << terbaik

salam semua.. apa cerita tu,, apa cerita ni.. meh sini fye nak cerita sikit...

MENARI???? ada x sesiapa yang tidak pernah menari? tipu la kalau tak pernah menari.. secara langsung atau tidak langsung.. hahhahahah... lucu kan menari... tapi sebenarnya bagus untuk membuang toksin dalam badan sebab berpeluh... hehehehe

atas tuntutan kerja,, fye and the gang ( BITARA) telah menari dengan sepenuh hati ( kunun) hahahaha,,, kelakar,, fye rasa nak gelak guling-guling je..hohohoho...

dr. Notts telah memberikan satu tugasan untuk kami iaitu rakaman video satu shot... dengan syarat kamera xboleh bergerak,, manusia je yang bergerak... hmmmm,, macam mana la tuh ye... tapi video kitorg dh siap... hahahaha ( bangga2 :8) kunun...


proses pembikinan yang sangat meletihkan tetapi menyeronokkkan.. x sangka ada bakat terpendam kumpulan BITARA nih... MENARI !!!!!!!!!!!! 

meh nak share gambar cket...

 seawal jam 8 pagi..
 proses "make up" yang x berapa nak "up"
 sumandak Dusun
BITARA
( Aini, Syer, Fye, Grace, Sha)
 orang kuat ( di sebalik tabir)
 kekenyangan..
 keletihan.. jam 1.30 petang

 senyuman tension

 Aida memerangkap jurusolek

 Val memerangkap "Director" dan jurugambar

tu jelah setakat ni,, daaaa


Saturday, March 16, 2013

Hari Keluarga Linguistik Melayu 2013


baju hari keluarga.. dari pandangan belakang..
 

kaki kami.. cuba teka siapa,, hehehe..
 

kami umpama bintang... 
 

kaki tempurung.. sakit kaki tau..
 

my partner..
 

bakal menjadi zombieeee....
 

gaya bebas... =P
 

dari kiri : shasa, syeril, fye, grace ..


hamba Allah

salam semua...

hmmm,, mesti semua orang pernah rasa x senang ati kan,, x senang duduk,,, tidur x lena sebab otak x berhenti berfikir,, huhuhu,, kenapa ini semua berlaku??

sebab ALLAH sayangkan hambaNYA. sebab ALLAH nak hambaNYA mengadu kepadaNYA.

semua yang dalam dunia ini milik ALLAH. termasuklah diri kita ni. perasaan kita. cuma kita manusia biasa, sentiasa alpa, sentiasa lalai dengan duniawi. kita x sedar yang kita semakin jauh daripadaNYA. yaALLAH, ampunkanlah dosa hambaMU ini.. =(

setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. hanya masa dan usaha yang menentukan segalanya. meminta kepadaNYA. menangis kepadaNYA. mengadu kepadaNYA.

masalah yang mendatang bukan bala, tetapi pengalaman yang mendewasakan. tanpa pengalaman manusia itu xakan hidup. setiap yang berlaku pasti membawa pengalaman yang tersendiri dalam hidup setiap insan. jadi, tabahlah menempuhi masalah. 

salam semua...

Monday, March 11, 2013

Kalendar

salam semua.. apa cerita tu? ape cerita ni...

fye ade benda ni nak kongsi ngan semua...

tau x kenape tajuk past fye arini kalendar??

sebab,,, fye ade tugas baru untuk kursus bahasa dalam multimedia nih..
kitorang di tugaskan untuk membuat kalendar... waaa,,, xpernah terfikir fye nak buat kalendar ni,, jadual tu selalu la,,, tapi ini kalendar.. kalendar ni bukan sebarang nak buat tau,, kena guna adobe photoshop... hhuhuhu,, dengar je nama software ni,, fye terus telan air liur....gulpppp...

tapi,, cuba untuk berfikir secara positif.. ade hikmah di sebalik setiap kejadian ni,, betul x?
Allah tahu kelebihan dan kekurangan hamba-Nya dan Allah xakan bagi sesuatu perkara di luar batas hamba-Nya itu.

katanya cikgu fye,,
" JANGAN MENYERAH SEBELUM MENCUBA."

jadi, set balik otak kita tu, supaya sesuatu benda tu xjadi susah,, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. kan kan.. bila lagi kita sebagai pelajar nak explore benda2 teknologi ni klo bukan masa belajar nih,, kang dah habis belajar, nak kahwin lagi, kerja lagi, komitmen sebagai seorang anak, seorang ibu, seorang isteri lagi..hmmmm,,, x ke beruntung kita dapat belajar masa muda remaja nihh,,, hehehe,,, so,, aktifkan dirimu.. sama2 kita explore dan lakukan yang terbaik,,

esok2 interview, bawa kalendar tu tunjuk kat interviewer tu.. biar dia rasa impress sikit..=D


daa semua.. salam... =)

Friday, March 8, 2013

saya suka masak

salam semua,,, apa cerita tu? apa cerita ni? 

meh fye cerita tentang kegemaran fye. fye suka masak. tapi suka jela,, sedap x sedap tu lain kira, betol x? hehehe,, tapi, fye masak yang mudah je.. al-maklumlah duduk kolej. mana la ade periuk belanga segala.. hehehehe...


haaa,, nila masakan fye.. CORNFLAKE MADU namanya... hehehe... fye x bubuh dalam cup tu, sebab ni makan terus je.. bukan untuk hari raya... trial ni.. pasni, boleh buat bisnes plak..

haa,, ni yang kedua plak,, nama masakan ni BUBUR KACANG + JAGUNG.. hehehe,,, sedap ni makan masa berbuka puasa... senang je buat ni.. x susah pun,, resepi  nya pun mudah.. budget x sampai rm15.. murah dan mudah kan.


ni plak,, BIHUN GORENG & TELUR GORENG... sedap tau,, fye buat breakfast untuk roomate fye.. bukan main suka lagi roomate fye tu..

jadi, kepada wanita-wanita di luar sana,, meh kita sama-sama belajar memasak. tahu asas memasak pun dah ok tau.. katanya cikgu fye " WANITA YANG BAKAL JADI ISTERI, BAKAL JADI IBU, KENA LAH PANDAI MASAK PANDAI AMBIL HATI SUAMI & ANAK-ANAK. MASAK INI RAHSIA SI ISTERI. AIR TANGAN ISTERI PENGIKAT HATI SUAMI."

sejak dari itu, fye pun mencuba-cuba bidang masakan ni. sampaikan fye pernah menangis kupas kulit bawang, terhiris jari, nasi menjadi bubur ( ingatkan peribahasa je) nasi menjadi keras pun ada tau.. tapi sekarang KAWE LEGEND... hahahahhaha... xdelah,, gurau je... =P asas tu ade dan perlukan improvement.. 

jadi, mulakan dari sekarang,, jangan segan silu.. belajar dari kesilapan..jangan malu bertanya.. belajar dari SIFU iaitu MAK sendiri.. tu tukang masak sejati tau.. kena marah kena bebel tahan je..untuk kebaikan di masa hadapan... PEACE yoooo... 

( CERITA INI TIADA KAITAN ANTARA HIDUP DAN MATI)


daa### salam semua... =)



Rezeki Milik Allah

salam semua.. ape cerita tu? ape cerita ni?

meh fye nak kongsikan sedikit pengalaman fye untuk semua. terutamanya untuk adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM atau STPM di luar sana.

pertama sekali, fye nak ucapkan tahniah kepada adik-adik semua kerana berjaya menduduki peperiksaan SPM dan STPM itu dengan jayanya.

kita menduduki peperiksaan ni dengan pelbagai sebab dan alasan. ada yang ingin cukup syarat sahaja, ada yang ingin bekerja, ada yang ingin melanjutkan pelajaran lagi. semua ada musabab yang tersendiri. ok, itu fye xnak kacau sebab itu hak privasi masing-masing. kita tidak tahu disebalik sebab-sebab mereka.

ok, kat sini fye nak kongsikan pengalaman fye, masa SPM dulu, fye xdapat nak terus masuk ke universiti sebab saingan tinggi dan keputusan fye pun cukup-cukup makan je. fye hampir putus asa sehinggakan adik-adik fye jadi mangsa pukul fye sebab fye stress. (kesian adik-adik fye) mak fye dah xtahu nak buat apa dah. ayah dah amik keputusan untuk hantar fye pergi ke IPTS. masa tu, fye xtahu perasaan fye, gembira ke sedih ke terharu ke? semua dah bercampur baur dah. ayah xtahu nak buat apa sehinggakan ayah call warden fye masa asrama dulu. atas nasihat warden tersebut, ayah memasukkan fye ke tinggkatan 6. fye gembira sangat sebab ramai kawan masuk tingkatan 6. ( kenapalah fye x terfikir dari awal lagi,, hmmm,, darah muda )

masuk tingkatan 6, fye belajar seperti biasa. sehinnga ke STPM. isi UPU. fye cuba lagi untuk sambung belajar  namun semua itu hanya mimpi. fye x tahu di mana silap fye. fye dapat menduduki ujian MEDSI namun fye gagal untuk ke peringkat seterusnya. sedih. mak dan ayah harapkan fye. fye kecewakan mereka. ayah sedih sangat masa tu. huhuhu.. bila dikenang semula,, memang rasa nak menangis je. secara tidak langsung, fye tahu yang peluang fye tipis... =(

fye bangkit, fye buat keputusan untuk bekerja sementara menunggu pengambilan IPTA yang keseterusnya. fye nak mak ngan ayah bangga ngn fye. walaupun fye nampak tabah, hati ini milik ALLAH. hanya DIA maha mengetahui. fye xnak masuk IPTS sebab fye xnak ayah banyak keluarkan duit untuk yuran. fye bekerja sebagai guru sandaran di sebuah seolah di tempat fye. waaaa,,, pertama kali megajar, memang xsangka yang fye sekarang ni dah jadi pendidik anak bangsa.. (ceyyyy) fye mengajar selama 1 tahun 6 bulan.

selama 1 tahun 6 bulan fye mencari pengalaman yang mana mungkin sama dengan orang lain. fye berusaha untuk menjadi seorang yang tabah walaupun fye sedih. fye cemburu tengok kawan-kawan yang lain dapat masuk U.. setiap kali fye buka facebook, status kawan-kawan yang masuk U mesti mengenai assignment, test 1, final exam..hati kecil fye pun berkata " ELEYYY,, FYE NI BUAT KERTAS SOALAN UNTUK EXAM KOT, FYE SEMAK KERTAS UJIAN KOT, FYE BAGI MARKAH SEGALA TAU...WEK3".hati kecil fye cakap macam tu, sebab dia xnak hati besar fye sedih.. terima kasih hati kecil.. =)

saat yang di nanti-nanti telah tiba..berapa hari bulan fye pun lupa., fye dapat tawaran untuk sambung belajar kat Universiti Putra Malaysia. dimana tempat fye berapa sekarang.. syukur ya Allah. =)

jadi, pengajarannya, bagi adik-adik diluar sana,,,
cikgu fye pernah kata " rezeki Allah itu luas. mungkin DIA nak bagi fye pengalaman yang luas, pengalaman hidup bekerja.. kenapa nak sedih sebab sesuatu yang Allah xciptakan untuk kita? sebab sesuatu yang Allah xaturkan untuk kita? semua ini berlaku atas ketentuan Qada' dan Qadar Allah. Allah tahu yang terbaik untuk setiap hamba-NYA".

JANGAN BERPUTUS ASA JIKA KALI INI BUKAN PELUANG ADIK2. ADIK2 TERUSKAN KEHIDUPAN, MEMINTA KEPADA-NYA, DAN BERUSAHALAH UNTUK MENCARI GURU YANG PALING BERHARGA IAITU PENGALAMAN. INSYA ALLAH..

 daa## salam semua =)



Thursday, March 7, 2013

Gara-gara FOLLOW

salam semua,, ape cerita tu? ape cerita ni?

ni haa fye nak cerita sikit. agak klakar bagi fye.. gara-gara nak follow blog member, terfollow blog sendiri... hahaha...sabor jelah.. nak wat macam mana,, dah berlaku 2 minit yang lepas,,, hahahahhaha,, nampak sangat la kurang arif...jadi,, pengajarannya.......

tu la katanya cikgu fye,,
" MALU BERTANYA SESAT JALAN"..
 amik nak kau fye,, kang dah sesat,, nasib baik dh jumpa jalan kembali,,, hehehe...

itu sahajalah cerita kita..

daa semua,,
salam..

Wednesday, March 6, 2013

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Assalamualaikum w.b.t semua....apa khabar? apa cerita tu? apa cerita ni? =)

Rasa cam janggal je nak guna blog ni sebab sebelum ni fye pernah ada blog, tapiiiiiiiiiiiiiii fye dh deactivate sebab fye xtau nak post ape..lagipun, fye buat blog pun atas tuntutan kursus yang fye amik. contohnya untuk subjek ASAS KEUSAHAWANAN dan BAKTI SISWA ( KEUSAHAWANAN). dalam erti kata lain, nak buat blog untuk promosikan produk keusahawanan yang kumpulan fye buat...

sekarang ni plak, fye buat blog untuk kursus fye yang terakhir iaitu BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA. INSYAALLAH yang terakhir..AMIN YA RABB.. doakan fye yee..... =D makaseh..

tapi xpela,, fye cuba buat yang terbaik walaupun xdelah terbaik sgt,, orang ada blog lagi hebat dr fye..
TAPIIIIIIIIIIII.................. katanya cikgu fye,,
 "TIDAK SALAH UNTUK KITA MENCUBA, BAIK KE XBAIK LAIN CERITA SEBAB,, AWAK ADA USAHA UNTUK KEARAH YANG TERBAIK. USAHA ITU PENTING DARI AWAK DUDUK TERLONGGOK TANPA BUAT APA-APA"

betol3( suara upin ipin).. hehehehe... btol la cikgu fye tu cakap,, klo duduk je,, nak sangat yang , terbaik tapi x buat pun xde guna jgak kan, kan, kan...

jadi,, sama-samalah kita berusaha........... USAHA TANGGA KEJAYAAN... katanya kawan fye sekolah dulu,, TAKDE TANGGA GUNA LIF... heyyy,, ingat lif tu senang ke nak buat... guna tangga jelah senang,,, lif tu klo xde elektrik dah satu hal,,, klo overweight dah satu hal,,, dh nak pegi kejayaan tersekat dalam lif....hmmm,, emosi plak fye pepagi ni.... =] yang sebaiknya,, GUNALAH TANGGA.... baik untuk kesihatan jantung kita....

itu sahajalah cerita kita...


daa semua....
salam...