Monday, April 22, 2013

BBM3410 VIDEO SERAM UPM

salam semua.. meh sini fye nak share pengalaman fye shooting video seram nih.. huhuhu

semasa dapat task ni,, fye ngn kawan-kawan dah rasa seram dah,, tak buat lagi dah rasa seram.. adoiiii.. sebab kitorang ni penakut tahap gaban..hantu mak limah pun boleh takut..orang lain rilex je siap gelak lagi...nak buat manakan,,,dh takut,, bukan boleh main-main takut nih,, hehehe,,,

okee,, ni haa pengalaman fye semasa shooting nih,,

eh3,, sebelum terlupa, video ini hendaklah dirakam tanpa suara. hanya mimik muka dan sound effect je boleh masuk.. 

1. PEMILIHAN JALAN CERITA. ni bukan perkara yang mudah. jalan cerita hendaklah yang mudah untuk dilakonkan. lebih-lebih lagi, video ini diminta tanpa menggunakan suara. ada cabaran di situ.

2. SERONOK + TAKUT. selama ni, fye x pernah terfikir pun nak buat video seram.. langsung x terlintas di fikiran. tapi, BBM3410 telah membuatkan fye membuat video ni.. hehehe.. rasa macam klakar pun ade.. fye ngn ahli kumpulan lain enjoy masa buat video ni.. malaupun kami diselubungi rasa takut.. hahaha... padahal kitorang buat masa subuh,, bukan waktu malam pon,, oppsss,,, terlebih suda,, =) dah la buat masa cuti pertengahan semester,, kolej lenggang xde orang,, hmmm,,, seram x? hik..

3. MENEPATI MASA. seperti yang dijanjikan, atas persetujuan ramai, ahli kumpulan telah bersetuju untuk bangun pada pukul 5 pagi untuk penggambaran video seram ni. tapi ade jugak ahli kumpulan yang terlajak,, hehehe,,, sebab malam tu kitorang berjimba sambil bergelak ketawa. walau apa pun, menepati masa tu sangat penting.

4. CABARAN. banyak cabaran yang kami lalui. ketiadaan cameraman. masa cuti, mana lah ada orang.. lepas tu, kawan yang selalu jadi cameraman kitorang baru balik kem. so, dia letih. jadi, kitorang pun ambil video mana yang xde part kitorang semua. bkan senang nak senang & bukan susah nak susah. ada cabaran sedikit. tapi, akhirnya, cameraman ktorang bangun.. alhamdulillah.

5. KERJASAMA. apa yang penting, kerjasama.. fye rasa,, tanpa kerjasama, video ni xkan siap,, fye berterima kasih ngan ahli BITARA yang lain. fye syg korg,, heeeee... kerjasama penting dalam setiap aspek dari mula pemilihan jalan cerita hingga ke pengakhirannya. lebih2 lagi, dalam kerja berkumpulan.

terima kasih kepada DR. NOTTS sebab bagi kitorang task yang membuka minda. kalau x, sampai bila2 xde pengalaman mcm ni.. sebab pengalaman xdpt dibeli tapi mesti dilalui,, walaupun sedikit stress.. hehehe,, tapi kami enjoy....=)

akhirnya, video seram BITARA sudah siap... dan berjaya diupload di youtube...saksikan..
" MIMPI ATAU REALITI"



okee,, sampai sini saje dulu ye,, harap anda semua berpuas hati denga video kami,,
VIDEO INI TIADA KAINTA ANTARA YANG HIDUP DAN MATI. IANYA DIBUAT HANYA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA.


Thursday, April 4, 2013

BBM3410 VIDEO ONE SHOT UPM

Salam semua.. ni fye nak sambung untuk pengalaman ke seterusnya iaitu sesi penggambaran lagu MUAH, SUZANNE... hehehehe.... kalau nak tgk,, buka youtube.. namanya BBM3410 BITARA.. pastu like ye.... hahahaha.. xmalu promote...

banyak sangat yang kami dapat dari sesi pmbikinan video one shot ni...

task kami : setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 1 video one shot. kamera x boleh bergerak. manusia je yang bergerak. pilih satu lagu kemudian buat "miming". seolah-olah kita yang menyanyi.. phewww... ada sedikit kesukaran di situ tapi akhirnya BITARA berjaya menerbitkan 1 video one shot. MAJU BITARA MAJU !!!

1.PEMILIHAN LAGU. Dr. Notts nak lagu yang rancak. beliau tidak mahu yang mendayu-dayu. ok.. kami mencari lagu dan kemudian kami menyenaraikannya. ternyata lagu MUAH SUZANNE mendapat undi yang tertinggi. jadi, kami pun memilih lagu tersebut. tulus dari hati, saya sebenarnya tidak pernah mendengar lagu ini. inilah kali pertama saya mendengarnya.. setelah saya mendengarnya, baru saya tahu betapa gedikkkkkkkkkkkk nya lagu itu. tetapi dah dipilih sebulat suara.

2. STEP MENARI. kami juga dikehendaki untuk menari. hahahaha.. F.Y.I saya ni atlet sekolah pastu menari... hahahaha.. tentu2 lah badan saya keras mcm batu.. tapi saya gagahi jugak..saya buat-buat badan lembut.. mencari step ni bukan satu yang senang. dan menghafal step tu yang memeningkan. namun, tanggungjawab diatas bahu masing2.. ahli BITARA yang lain pun turut berusaha menghafal step. akhirnya, kami berjaya mencipta step dari permulaan muzik lagu muah hingga akhirnya. step kami juga telah menjadi ikutan remaja BBM3410.. hehehehe

3. PENGURUSAN EMOSI. lagu dah dipilih, step dah dicipta, namun masing ada kekangan. 5 insan BITARA masing-masing memendam rasa. perasaan masa tu nak marah, letih, lapar, semua dah bercampur aduk,, bukan senang nak seragam nih... kalau dah seragam, diri sendiri plak yang salah step...huhuhu,,, namun,, kami tabahkan hati. pengurusan emosi penting di saat genting begini. kalau ikutkan hati, nak je marah tapi IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA. jadi, KAMI BERTINDAK PROFESIONAL...saya sayang BITARA... KAMI BERJAYA !!!!!

4. UPLOAD DI YOUTUBE. hehehehe... youtube tu,,, satu dunia tengok...sebahagian daripada tugasan, kami mesti upload di youtube. nak memasukkan video ke dalam youtube bukan mudah... sebab kami hanya menggunakan uspot. lambat. pengguna ramai sangat. huhuhu.. xpe.. kami tunggu sehingga dapat dan akhirnya berjaya.. kemudian, kalau dah masuk youtube, mesti banyak kritikan-kiritikan yang kurang memberangsangkan.. huhuhu... inilah yang kami takutkan. tapi, setakat ini belum ada lagi. dan kami berdoa agar tiada selamanya kritikan negatig tu.. AMIN.

TERIMA KASIH KEPADA AHLI BITARA. KEPADA VAL, AIDA. KREDIT KEPADA LAGU MUAH SUZANNE.. DAN TIDAK TERLUPA JUGA PROF MADYA DR. NORMALIZA ABD RAHIM, KERANA MEMBERI KAMI SATU PENGALAMAN YANG BARU. PENGALAMAN SANGAT BERHARGA KERANA PENGALAMAN SETIAP INSAN BERBEZA-BEZA. TERIMA KASIH JUGA KEPADA KAWAN-KAWAN LINGUISTIK YANG LAIN. ANDA SEMUA TERBAIK !!!!!..

sampai sini saja.. daaa.... =)

BBM3410 SIMPULAN BAHASA UPM

salam semua....apa khabar? harap sihat semuanya,,,, waaa... rasa macam semangat pelik pagi ini...hehehehe.. semangat nak siapkan kerja yang tertinggak agaknya.. huhuhu...

kenapa tajuk SIMPULAN BAHASA UPM???? sebab, ni merupakan 1 tugasan yang kitorang pelajar BBM3410 kena buat... ada 12 simpulan bahasa dan gambar yang kitorang ambil mesti menggambarkan makna simpulan bahasa tersebut... ada berani ????? haaa,,, pelajar BBM3410 semuanya berani.. =) MAJU BITARA MAJU !!!!

sebelum fye melalut lebih panjang lagi,, nii haaaa fye nak kongsi pengalaman-pengalaman yang kitorang lalui semasa nak mengambil gambar simpulan bahasa nih..

1. Setelah di beri tugasan ini, dalam proses memilih simpulan bahasa, kami dikehendaki mencari simpulan bahasa sendiri. YaAllah,, celah mana nak cari simpulan bahasa..akhirnya, kami menggunakan khidmat internet untuk mencari simpulan bahasa supaya tidak sama dengan kumpulan yang lain. pepatah Melayu mengatakan bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

2. proses mengambil gambar.. nampak macam senangkan,, ambik gambar je kot... heyyy,,, nak dapatkan gambar yang bagi orang faham adalah sesuatu yang sangat sukar.. huhuhu,, kami kena memikirkan satu situasi yang boleh membuatkan orang lain faham maksud simpulan bahasa tu..

3. dalam pengambilan gambar tu, di Sanggar 12, Kolej 12 tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya beserta dengan guruh dan kilat.. YaAllah,,, dugaan besar ni,,, lain yang dirancang, lain yang terpaksa kami lakukan.. nak ambil gambar simpulan bahasa "lebai malang", situasinya orang jatuh ditimpa motorsikal. tapi hari hujan terpaksa fikir situasi lain.. hurmmm

4. teknik pencahayaan.. walaupun kami bukan profesional, tapi kami tahu mengenai teknik pencahayaan. kalau gambar dalam gelap, cahaya tak cukup, gambar jadi x cantik...dalam keadaan hujan mendung kelabu tu, kitorang berusaha untuk mencari ruang-ruang yang ada cahaya.. nak buka lampu pun xguna jgak sebab tempat tu luas sangat dan cahaya pun x berapa terang..

5. proses memasukkan gambar dalam slide.. hahaha.. bila difikir-fikirkan balik, senang je nak masukkan lagu. tapi macam mana entah terlepas pandang. akhirnya kami meminta bantuan dari seorang kawan. TERIMA KASIH KHAIRUL.. beliau membantu dalam memasukkan lagu dalam slide dan slide tu bergerak secara automatik,,, sampai tua akan ingat.. =P

6. kerjasama. itu yang kumpulan kami dapat. bekerjasama dalam setiap kerja yang dilakukan. susah senang bersama-sama. selagi slide x siap, selagi tu xboleh tidur... hehehe... apa yang penting kerjasama..

ok,,, tula pengalaman-pengalaman yang fye alami semasa proses pembikinan SIMPULAN BAHASA UPM ni... jutaan terima kasih diucapkan kepada PROF MADYA DR NORMALIZA kerana memberi kami peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. kalau x, sampai tua pun fye x terfikir nak ambil gambar makna simpulan bahasa. hehehehe

itu saja dr fye,,,, daaaaaa.....