Salam semua.. ni fye nak sambung untuk pengalaman ke seterusnya iaitu sesi penggambaran lagu MUAH, SUZANNE... hehehehe.... kalau nak tgk,, buka youtube.. namanya BBM3410 BITARA.. pastu like ye.... hahahaha.. xmalu promote...
banyak sangat yang kami dapat dari sesi pmbikinan video one shot ni...
task kami : setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 1 video one shot. kamera x boleh bergerak. manusia je yang bergerak. pilih satu lagu kemudian buat "miming". seolah-olah kita yang menyanyi.. phewww... ada sedikit kesukaran di situ tapi akhirnya BITARA berjaya menerbitkan 1 video one shot. MAJU BITARA MAJU !!!
1.PEMILIHAN LAGU. Dr. Notts nak lagu yang rancak. beliau tidak mahu yang mendayu-dayu. ok.. kami mencari lagu dan kemudian kami menyenaraikannya. ternyata lagu MUAH SUZANNE mendapat undi yang tertinggi. jadi, kami pun memilih lagu tersebut. tulus dari hati, saya sebenarnya tidak pernah mendengar lagu ini. inilah kali pertama saya mendengarnya.. setelah saya mendengarnya, baru saya tahu betapa gedikkkkkkkkkkkk nya lagu itu. tetapi dah dipilih sebulat suara.
2. STEP MENARI. kami juga dikehendaki untuk menari. hahahaha.. F.Y.I saya ni atlet sekolah pastu menari... hahahaha.. tentu2 lah badan saya keras mcm batu.. tapi saya gagahi jugak..saya buat-buat badan lembut.. mencari step ni bukan satu yang senang. dan menghafal step tu yang memeningkan. namun, tanggungjawab diatas bahu masing2.. ahli BITARA yang lain pun turut berusaha menghafal step. akhirnya, kami berjaya mencipta step dari permulaan muzik lagu muah hingga akhirnya. step kami juga telah menjadi ikutan remaja BBM3410.. hehehehe
3. PENGURUSAN EMOSI. lagu dah dipilih, step dah dicipta, namun masing ada kekangan. 5 insan BITARA masing-masing memendam rasa. perasaan masa tu nak marah, letih, lapar, semua dah bercampur aduk,, bukan senang nak seragam nih... kalau dah seragam, diri sendiri plak yang salah step...huhuhu,,, namun,, kami tabahkan hati. pengurusan emosi penting di saat genting begini. kalau ikutkan hati, nak je marah tapi IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA. jadi, KAMI BERTINDAK PROFESIONAL...saya sayang BITARA... KAMI BERJAYA !!!!!
4. UPLOAD DI YOUTUBE. hehehehe... youtube tu,,, satu dunia tengok...sebahagian daripada tugasan, kami mesti upload di youtube. nak memasukkan video ke dalam youtube bukan mudah... sebab kami hanya menggunakan uspot. lambat. pengguna ramai sangat. huhuhu.. xpe.. kami tunggu sehingga dapat dan akhirnya berjaya.. kemudian, kalau dah masuk youtube, mesti banyak kritikan-kiritikan yang kurang memberangsangkan.. huhuhu... inilah yang kami takutkan. tapi, setakat ini belum ada lagi. dan kami berdoa agar tiada selamanya kritikan negatig tu.. AMIN.
TERIMA KASIH KEPADA AHLI BITARA. KEPADA VAL, AIDA. KREDIT KEPADA LAGU MUAH SUZANNE.. DAN TIDAK TERLUPA JUGA PROF MADYA DR. NORMALIZA ABD RAHIM, KERANA MEMBERI KAMI SATU PENGALAMAN YANG BARU. PENGALAMAN SANGAT BERHARGA KERANA PENGALAMAN SETIAP INSAN BERBEZA-BEZA. TERIMA KASIH JUGA KEPADA KAWAN-KAWAN LINGUISTIK YANG LAIN. ANDA SEMUA TERBAIK !!!!!..
sampai sini saja.. daaa.... =)
No comments:
Post a Comment